Rahsia ClickBank - Fenomena Hangat Di Malaysia Sekarang

Filed Under (Rahsia) by Rizal on 16-02-2009

Terkini! - dapatkan produk ini dengan klik pada imej di bawah, dan korang akan dapat satu domain .com + hosting 1GB untuk setahun…PERCUMA !!!, dan hosting nih korang bley guna untuk 3 domain. 1 domain utama dan 2 add on domain! hoho… best tuh…

Baru-baru ini Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk “Rahsia ClickBank” dan anda boleh melihatnya di sini:

box-small
RAHSIA CLICKBANK

Saya menulis ulasan ini untuk memberitahu apa sebenarnya produk ini, dan bagaimana anda akan mendapat manfaat daripada produk Rahsia ClickBank ini.

Rahsia Clickbank ialah produk yang direka khusus untuk rakyat malaysia.

Anda juga mungkin tahu sehingga pertengahan tahun 2008, Clickbank telah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat malaysia.

Sesetengah daripada kita menemui teknik jalan belakang untuk mendapatkan akaun ClickBank. Hatta terbitnya sebuah ebook daripada Gobala yang diberi nama “Chapter-M” beberapa tahun lalu yang mengajar anda bagaimana melakukannya.

Sekarang peluang terbuka luas untuk rakyat malaysia. Clickbank pula telah menjadi topik yang panas untuk dibincangkan.

Read the rest of this entry »

Blogspot Vs Wordpress

Filed Under (Blogging, Informasi, Rahsia, Tutorial) by Rizal on 12-01-2009

blogger_vs_wp

Bertemu lagi kita. Waduh-waduh, sibuk bener saya 2 3 menjak nih. Kali ini saya nak bawakan persoalan samada untuk berblogging menggunakan blogspot (blogger.com) ataupun wordpress.com. Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan memasing.

Blogger.Com :
- medium iklan yang telah tersedia - Google Adsense
- terdapat pelbagai widget yang boleh diambil terus dari list yang disediakan
- sudah tentu lebih mesra dengan search engine Google (senang jumpa bila search)
- theme blogspot banyak di internet, bley modified sendiri juga
- boleh guna domain sendiri tanpa bayar pada blogspot
- storan gambar hanya 1Gb shj
- tiada laman statik . Contohnya tak boleh nak buat page “About Me”.

Wordpress.Com:
- theme yang tetap, tak bleh edit coding melainkan CSS jek (theme lawa la gak)
- No to Google Adsense
- sentiasa ada update - open source la kiranya.
- control panel yang best
- boleh guna domain sendiri, tapi kena beli credit ngan wordpress.com utk apply setting
- tak boleh tambah plugin
- storan gambar sehingga 3Gb
- boleh letak password utk single post
- boleh buat laman statik

Kesimpulannya, Blogger.Com mungkin lebih baik bagi mereka yang mahukan sesuatu yang simple dan senang dipelajari. Manakala Wordpress.Com pula sesuai untuk mereka yang merasakan diri mereka akan beralih kepada dunia blogging yang sebenar menggunakan platform wordpress dan domain berbayar sendiri.

Daftar Domain di Namecheap.Com dan Guna Pada Blogspot

Filed Under (Domain, Informasi, Tutorial) by Rizal on 11-01-2009

Ok, tutorial pertama daripada RahsiaBlog, haku akan ajar camne nak guna domain berbayar dan point kan pada blog free korang kat blogspot.

Haku akan ajar guna namecheap dulu.

Lepas login username korang, pegi kat My Account >> Manage Domains

Akan ditunjukkan senarai domain yang korang ada dalam akaun korang.

klik pada domain yang korang nak guna.

Tengok kat list belah kiri, bawah Host Management, pilih All Host Records.

Korang akan nampak HOST NAME , IP ADDRESS/URL , RECORD TYPE, MX PREF .

pada baris untuk setup HOST NAME = @ , isikan ghs.google.com dalam ruang IP ADDRESS, dan pilih CNAME (Alias) untuk RECORD TYPE. (maybe nanti ada satu titik lepas com, abaikan jek.)

Untuk HOST NAME = www , isikan “http://namadomainkorang.com” dalam ruang IP ADDRESS dan pilih URL Redirect untuk RECORD TYPE.

Last sekali klik la Save Changes.

Ok, setel dah kat namecheap.

Sekarang korang login kat akaun blogspot korang.

Pegi Setting >> amik tab Publishing.

Klik kat custom domain.

Disebabkan korang dah beli domain kat namecheap, korang klik jek kat ‘Switch to advanced setting’.

Blogspot akan mintak korang masukkan nama domain yang dah kita setup tadi.

Klik Save la plak.

Akhir sekali, korang tunggu jek domain name korang to propogate bebetul ke blogspot korang. Maybe amik masa, tapi tak lama la.

Finnishhh… Wasalammu.

ps: tak reti nak register domain? takde kad kredit / paypal? aku bley tolong daftarkan, murah jek, RM35. sila kontek blogger<at>masrizal.my